Tuesday, 31 December 2013

Kelebihan ESP dari shaklee


Bermula dari guna ,rasai dan alami sendiri memang puas ati dengan esp,pendek kata tak malulah nak suggest kat kangkawan untuk ambik esp nie.citenya macam nie..saya nie nak kahwin tapi takde preparation langsung takde nak berspa bagai pun sbb tuntutan kerja yang amat..adik sayalah yang cadangkan saya ambik esp 2minggu sebelum majlis akad nikah..saya pun makan ler even kadangkala x makan pun.seminggu  sebelum akad nikah saya ke phuket...jenjalan katanya...balik muka nie masyaallah..tak yah ceritalah..tapi saya tetap ambik esp minum pagi dan sebelum tido. hasilnya memang mengagumkan saya pun tak percaya bila tgk muka sendiri kat lam cermin...tol ker saya neyyy..latest muka dah sekata cerah...









Siapa perlu ambil ESP Shaklee?
1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis
3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna 
4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster
5. Penghidap kencing manis
6. Lelaki dan wanita –  untuk mencegah dari penyakit
7. Orang yang alergik atau alahan.
8. Wanita ingin menguruskan badan
Kebaikan dan Kelebihan ESP
1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser, 
16. Bertindak sebagai antioksidan, 
17. Menguatkan sistem imun tubuh, 
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
19. Memelihara kesihatan jantung 
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
24. Membantu merendahkan paras kolestrol, 
25. Mencegah osteoporosis 
27. Membantu menyembuhkan gastrik. 
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut
Perbezaan ESP dengan soya lain
1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
6. Rendah lemaktanpa kolestrol
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

Sel badan kita terbetuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak lansung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga. 
so korang if nak try meh arr...

untuk dapatkan harga yang lebih jimat contactlah saya

norlaila 0193993134
id 1087670









PROJEK 3 HARI LALA

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya sikt masa saje lagi manakala aku disini merancang pelbagai agenda untuk dimuat turun dengan kadar segara ditahun 2014...opppppppppppppssss namun sebelum tue...ada beberapa perkara aku perlu setelkan menjelang 31/12/2013...untuk pengetahuan korang ler...malam tue aku dah balik kampung..of course umah mak aku kat rantau panjang dan tidak dilupai rumak mertua aku dekat bachok..

projek 3 hari aku nie maksudnya apa yag harus aku setelkan..takleh skip before aku balik kampung...sbb bila aku balik kampung aku nye daya creativity ni mengurang..conection n interaksi aku ngn org lain pun zero..umm aku tak online sbb internet super slow kat umah aku maupun umah mak mertua aku...ada ler skettt...boleh la nk on fb tue...apa yang terkandung dalam projek 3 hari aku nie amat penting..

pertama sekali aku kena update blog aku nie ngn informasi yang penting padat dan mantap...masukkan pic yg cun melecun,masukkan ape2 jelah yang kalau aku tgk sendiri pun aku suka nak baca,,nak nyinggah..nak tgk...dan sebagainya.sbb kalau aku tak buat konfen2 kat kampung aku tak buat sbb aku kan anak dan menantu yang baik...menunjukkan komitmen aku sebagai menantu yang poyos...bila dah kat kampung ada jer activiti sbb kalau aku balik umah mak aku kat rantau panjang aku jadi tukang masak..pendengar cerita ma aku..jenjalan ngn mak aku...bwak mak aku shopping n berjalan2 umah adik2 aku dan sebagainya belum masuk bab melayan anak2 saudara aku

kedua kena basuh semua pakaian kotor sbb aku nak pulang nie nak kena select gak pakaian nk dibawa pulang sbb aku nie kan ala2 muslimah gitu...,dok rumah mertua pakaian sunggoh sopan even kat rumah sebaliknya...takpelah kat umah aku ngn laki aku jer..so kenalah basuh semua pakaian yang kotor dan make sure kering malam 30/12 sbb nak kena kemas dah semua...barang aku dan suwami aku...sbb suwami aku nie nie dye bukan yang jenis bnyak cakap ok...semua ok...ok... memanjang but sekali kena pedas jugak...mana seluar saya?mana suar trek saya?so moral of the story pakaian suwami kena dahulukan...letak siap2 supaya tak kena sindir2 manja gitu.alasan yang lain lagi sbb mertua aku nie suka ngan pakaian yag class2 ni haaa...kena up to date sket aku melaram kat umah mertua tapi so far aku biasa jer...malas lah aku nk pakai cantek2...nk bersopan sgt tu tidaklah...tak sakit mata memandanglah..memg kenalah ngn aku yg kiut miut nie...kan

yang nie paling best...dah berkurun kawan aku mintak resume aku nie...memang bahayalah aku nie..bukan apa time aku dah semangat waja update resume aku..aku diserang demam plak...dua hari mc and hidung asyik berair n batok2 plak...pastu bila kwn aku aku wassup aku tnya sal resume aku pon kalot nak buat...nak email dye malam...pastu suwami aku ajak g pustaka rakyat beli dairi muslimah dan buku membina blog yang cantak...kusyuk plak aku dok baca tue mlmnya lupa terus nk update resume..dan kesekian kalinya sampai saat nie tak siap lagi sbb semalam suwami dgn bagusnya ajak aku nie g beli barang2 nak menjahit...oh dia sgt baik...bakal hadiahkan aku mesin jahit singer...foloow kelas menjahit...siap tanya lagi...agak2 raya tahun nie saya boleh pakai baju melayu yang awak jahit tak? aku confident ar jwab...boleh
!!! kan.so skrg semua kelengkapan menjahit dah ada semua...tunggu nak potong jer kain..so malam aku berakhir dengan mimpi pasal menjahit baju cantik2 konon...resume terus dilupai...so malam nie aku tekad kena gak update resume aku dan hantar pada kawan aku...

garret popcorn punya cerita..last month mertua datang kl melawat kami...aku sogokkan dgn garret popcorn..penangan garret  gaknya..mertua aku balik kampung,tau jer kami nak balik kampung ujung tahun dia dah siap pesan belikan garret bawa pulang dye nak makan...so tugasan aku yang cantik dan baik nie adalah hari terakhir kat UTS pada 31/12/2013 pulang dan menyinggah sekejap kat klcc beli popcorn untuk mertua..harapan aku en suwami bolehlah memberi sponsor...hahahah bagus tak..aku

besar harapan sebelum pulang nie aku boleh potong kain u ntuk dijahit...sbb kalau aku dah balik nk pengang balik kain nie semacam jek kan...tapi dengan dorangan kuat en suwami insha allah boleh..so itulah beberapa perkara yang aku perlu buat sebelum balik umah so lets do checking

# update blog dengan informasi terkini
#basuh pakaian
#update resume
#beli popcorn garret
#potong kain (yang nie dikecualikan kalau x sempat)

mintak2lah pew yang aku list kat sini tercapai hamdaknya...alhamdulilah meh pakat2 berdoa.


Saturday, 14 December 2013

ALKISAH 2013 YANG OSEM

Alhamdulilah akhirnya ada juga kekuatan untuk saya menulis,agak lama meyimpan keinginan terbatas dalam kesibukan masa dan tuntutan kerja.Hari ini 14/12/2013 hanya berapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun yang baru.Sesungguhnya 2013 adalah tahun yang cemerlang dan punya kisah yang tersendiri buat diri ini...

Banyak yang berlaku pada saat 2013 namun pencapai terbaik adalah berkahwin dan menjadi isteri kepada En Adzlin Nasron pada tarikh 17.6.2013.saya memohan semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal dan sentiasa dalam keberkatan Allah.

2013 LALABIESTORY

#pindah rumah
#bertunang dengan en suami
#pergi phuket mak!!!!
#berkahwin
#gembira punya mertua
#banjir besar kat kuantan
#perihal kerja...rombakan projek...stress

macam2 dugaan terjadi di 2013 nih namun berkat kesabaran dan ketabahan masih lagi bernafas tenang kerana Allah masih sayang dengan saya.apa yang terjadi saya ambik sebagai pengajaran untuk saya terus maju kehadapan...pendek kata manusia yang hidup tanpa dugaan dan cabaran takkan faham dengan erti kehidupan...

start dari coretan ini maka bermulalah kisah hidup saya yang baru yang penuh dengan cita2 dan harapan baru.ada baiknya saya mencoret untuk menghilangkan stress dan juga meluahkan perasaan tanpa perlu menyusahkan orang lain.lets tour my journey begin......