Sunday, 24 April 2016

Air terjun lubuk jepun batu 16 gombak


Seriously lama giler tak update blog lala nie,dah berabukk tebal 10 inci nie haaaa,,kesian kan..tuelah masa membataskan saya berkarya..ceh macam laaaa busy sangat kan..

Ok saya just menyinggah nak share dengan korang semua aktiviti saya during weekend..kami sekeluarga bercadang nak buat aktiviti lasak..aktiviti yang melibatkan pajat memanjat dan meneroka hutan...so kami decide ke IAR TERJUN LUBUK JEPUN BATU 16 gombak..

So kami sekeluarga memulakan perjalanan pagilah kan..actually tempatnya takdelah jauh dari rumah saya just 20 minit je drive..tapi nak masuk ke tempat air terjun tu kenalah hiking 25minit melalui track yang tidak rata dan berbatu licin..kena pakai kasut la..sakit kaki kalau pakai selipar..dah la licin..


Inilah anak sungai yang kita akan jumpa memula sampai,korang boleh parking kereta kawasan rumah orang asli situ hanya rm3 je mereka charge!



Bermulalah perjalana kami di jalan lereng bukit yang agak kecik dan sempit,kena berhati-hati sikit la ya sebab banyak akar pokok yang besar-besar dan seeloknya pakai kasut..takdelah lukaaa kaki u olls tue kan

Beginilahh rupa kami..kalau bawak anak plakk kan..


Track dia macam nilah tak rata dan berbatu-batu dan memang kena panjat
Sikit kan..kena berhati-hati



Track yang agak tinggi dan mencabar  diri jugak nak naik nie..tapi memang best sangat..dah naik tue nampak air terjunnn wahhh hepi sangat..


Dan ini adalah tanda kepuasan kerana berjaya naik..jumpa air terjun so apa lagi mandiii la..




Hepi je semua boleh naik atas ni kan..jap lagi nak turun azab tapi takpelah..kira on laaa,dh tau jalan naik,konfen balik takdelah culture shock sangat kan

Nielah air terjun lubuk jepun..dalam siot,ada yang panjat atas dan terjun turun
Dan air yang kat air terjun tu dalam tau,memang takde dasar so yang tak boleh berenang toksah dok main kat situ
Main kat tengah jer..kang tak masal minum air sungai korang!


Ok kalau korang nak beriadah,camping. Bersama family tue boleh la datang sini
Adventure dan memang berpeluhh giler

Bye

1 comment: