Monday, 21 September 2015

Steamboat dirumah lebih jimat


Hi Assalamualaikum semua

Be happy,,,,
Dont worry,be happy,,forget your troubles!!

One of the way to be happy is to try something new,,,people who are always learning things and challenging them selves tend to be happier than people who stuck in routine...,

Kisah saya yang suka membaca,actually time bad wolf ritu beratus beli buku,,puluh2 biji and sekarang dalam proses nak baca jer,,berzaman!!

Saya baca buku about life,,kebetulan katanya nak hepi kena buat sesuatu yang baru dalam hidup,,yang tak pernah buat,,saya pikir je apa je lagi tak pernah buat,,,bbq,makan seoul garden,tgk wayang,travel oversea dan sebagainya dah biasa dah,,,last2 maii pikir ahhaaa kami xpernah buat steamboat kat rumah
Buku about life lah yang mencetuskan idea hebat ini,,

Actually saya ajak husband saya g seoul garden,,entah kenapa saya rasa sangat membazir kalau p seoul garden,,bayangkan saya dan husbad dalam rm35 seorang belum masuk tax dan cas mereka kenakan untuk soup dna air,,,so total both of us rm80 gak,,kami ada kad diskaun tapi cilakak weekend,public holiday xleh pakai dan lagi parah,,kad tue hanya valid kalau spent rm80 keatas sahaja,,iye ke??ni terbaca kat blog ler,,anak kecik FOC. Jer tauu,,

Saya semangat siap2 turun bawah,,ajak husband pergi NSK,,terkejutlah dia sbb memula dia ingat saya nak ajak dia pergi festivel city makan seoul garden!!ehe

So saya spent rm100 je untuk udang 2kilo,fishball,crabball,sotongball,entah banyak lagi yang erti kata lain yang kita tengok orang cucuk2 tue semua saya beli dan ayam 1 ekor,,only rm100 okey
Udang plak punyalah besar sungguh puah hati makan,,ok meh lala cite sket kronologi steamboat dirumah,,


Ini baru sikit yang saya letak,,nak letak semua siyesly banyak,,makan 10 orang pon boleh nie,,

Memula soup

 
Bahan2 buat soup

6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 kiub ayam+ ikan bilis
Tengkuk ayam+ kepak ayam
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan(xletak pon)


Bawang putih+ halia ditumbuk dan ditumis sampai naik bau,,masuk air masuk kiub ayam+ ikan bilis,masukkan tengkuk dan kepak ayam,,letak garan secukup rasa,xperlu banyak garam tau sbb kiub tue dah buat soup kita masin,,



Ini sos buatan sendiri,,agak2 je


Bahan2 untuk sos pedas sedap ni

6 Lala besar merah 
6biji bawang putih
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis jalin
3 sudu minyak bijan(saya taruk minyaj masak je)xda minyak bijan kat umah
3 sudu cuka
2 biji lemon(dlm resepi blog dia suruh guna sunquick,rumah saya xda sunquick)
Daun ketumbar untuk hiasan(xtaruk
 pon)

So sekejap je buat sos dan soup tue,,menjelang magrib husband pon dh lapar dia start nak makan,,terkejutlah dia barang untuk steambot dah siap,,heheheh buat time dia tido jer pon,,

Kebetulan kami xda sayur,,alamak kena p pasaraya permata depan umah ni je dekat tapi nak pergi malas,,tup tup husband inform cendawan kami dah boleh tuai,,ahaaaaa beruntung ada cendawN kat rumah,,soup pon sodap!!



Ni picture husband tuai hasil cendawan mr jofarm,,hehe,,bestkan

So steamboat kami malam tue kiranya sangat happening,,siap saya ajak adij saya lagi berkunjung mai makan steamboat kat rumah,,

Ahaaaaa saya gunakan rice cooker jer,xda pun periuk steambot or periuk serba guna bagai,,guna je rice cooker syarat soup tue korang masak dulu la
Dah masak tue baru transfer masuk periuk nasi dan tekan button cook,,peh macam steambot kat kedaii u olls



Owh ingat nak tambah mihun or mee tapi makan nie pon dah kenyang,,xlarat dah nak tambah mee dan mee lagi,,perut dah penuh,,

Dan untuk pengetahuan korang budget saya rm100 saya boleh makan steamboat seumpama ini untuk 4kali,,4 malam berturut2 makan steamboat,,malam keempat,,udang dah habis tapi yong tau fu ada lagii,,nampakk betapa jimatnya,,kalau kata pergi seoul garden makan sekali rm80,,sekali jelah,,xleh nak ulang pergi dah even dalam hari yg sama,,

Tapi bila buat sendiri,,masyaallah 4,5 kali boleh makan dengan modal rm100 itupon ayam seekor xmasak tue,,ambik kepak dan tengkuk jer,,jimat kan,,
Malah kalau dok hostel lagi boleh buat beli je sup kat cafe n buat sendiri,,hahaha
Idea dulu2 pernah buat tauuu

Tangan dah lenguhhh dah,,nanti kita jumpa lagiiii


1 comment: