Saturday, 28 February 2015

RAHSIA MENJEMPUT REZEKI DENGAN DOA DAN TAHAJJUD.








Assalamualaikum semua

bertemu lagi kita kat entry yang magic nie..

lala just nak share dengan semua kisah magis lala dibulan february nie..

semoga Allah mudahkan perjalanan kehidupan kita semua..insyaallah

ceritanya bermula....

Bulan Febuary ni lala ada misi besar yang nak dicapai..lala jumpa mak nanamacarona?(merangkap nenek saya dalam shaklee)so kami dah plan elok2 nak naik rank..so lala just cuba yang terbaik untuk berjaya seperti yang dirancang..

Minggu pertama pun anak2 biz lala masih xgerak2..mereka senyap..lala xtau nak buat caner
lala hari2 membebel dalam group tapi semua macam tak dengar..tapi lala tak pernah putus asa..lala cakap sorang pun takpe.,.asalkan lala boleh bantu mereka..pada masa yang sama lala pon dalam keadaan critical..tapi alhamdulilah sales lala sendiri masih ada..masih berjalan dan lala masih sempat mendaftarkan 2 orang new bee dalam shaklee..

Memandangkan keadaan genting macam tue.lala hanya boleh berdoa pada Allah..lala tak tahu nak buat camana dah..nak beli stok banyak2 lala bukan ada duit yang bnyk dan husband lala memang tak suka lala buat stokk..setiap bulan lala berjaya jual supplemnt shaklee tanpa perlu buat stok..dan lala tak pernah ajar anak biz lala simpan stokk..yang lala ajar adalah menjuall..kena jual barang..

Lala tukar mindset lala..lala kena buat sesuatu..lala memilih meningkatkan amalan rohani lagipon kalau kita meningkatkan amalan rohani bukan perlu modal pon..sbb masalah utama lala adalah lala xda modal yang banyak untuk beli stok..lala xmou mintak dengan suami..dah selalu sangat suami selamatkan saya..kebetulan time closing nanti suami saya memang takde kat rumah..

Memandangkan meningkatkan amalan rohani itu tiada modal..lala usahakan diri untuk berubah
apa yang lala lakukan secara konsisten..

>>>lala dah start bangun malam pukul 4.30am untuk solat tahajjud,lala mintak sungguh2 dengan Allah nak closing dengan mudah..lala takut tak effective..sepanjang lala dengan shaklee lala tak pernah tidak effective..lala memang jaga rank..sbb lala tau itulah yang lala usahakan..so setiap malam lala bangun walaupon lala ngantukk siyes ngantuk..tapi lala kuatkan hati..lala nak jadikan amalan ini rutin dalam hidup lala..walaupon bukan untuk apa2 hajat..lala tetap nak buat tahajjud..

>>>kemudian lepah Tahajjud lala baca Al Quran..memula sekali lala baca yassin,kemudian surah maryam,surah alwaqiah,10kali 1000dinar,almathurat dan lastly 1000x wahab..lala mintak sungguh2 lala nak closing february ni mudah..lala mintak doa semoga lala ada duit untuk closing nie..lala pohon dimurahkan rezeki..

>>>lala tunggu orang azan subuh..kemudian lala solat sunt rawatib..solat 2 rakaat sebelum solat subuh..kemudian solat subuh awal waktu...10kali 1000 dinar..kemudian lala tido sekejap

>>>kemudian lala solat sonat Dhuha..4 rakaat,sebab kata mak nana..solat dhuha 2 rakaat untuk buka pintu rezeki,2 rakaat lagi untuk masuk rezeki..Alhamdulilah consistent 4 rakaat lala buat..

>>>setiap kali lepas solat lala amalkan 1000dinar dan hayati betul2 maknanya..

>>>lastly sebelumm tidur lala amalkan baca surah Al Mulk..secara tetapp wajib baca..

so sekarang ni kalau lala tak buat semua amalan ni lala rasa bersalah sangat,lala rasa diri jahat dan tidak bersyukur pada Allah..so lala akan buat jugak..nilah yang terjadi bulan february..

Akhirnya closing February bakal menjelang..pada 26hb lala g nak beli barang shaklee,anak2 start dah order brg..lala pon tak peduli sangat akaun personal..sbb anak2 biz lala akan transfer duit dalam akaun company..so lala memang takkan sentuh duit dalam akaun company..sbb itu adalah duit untung business kami..

so nak dijadikan cerita pada 27hb saya cek akaun sbb nak pergi branch..duit dari dalam akaun company saya masukkn dalam akaun peribadi..so transfer cukup2 shjlah..untung saya tinggal je dalam akaun..dan kemudiannya hati tergerak nak tengok baki akaun peribadi..sbb lala nak agak2 beli brg tambah..lala dah sedih sbb point lala masih sikit..lala sedih..lala tak tau nak wat apa dah...

........................................................

.......................................................


.....................................................



Sekali tengok ada Rm 14.045.19 saya tenyeh mata berkali2 tue,saya memang tak percaya..saya msg husband saya..tanya dia duit apa nie banyak nie...suami saya pun tak tahu duit apa..saya dan dia kelu kebetulan suami saya masih dikampung sbb ayahnya bersara..ada majlis makan2..saya tak boleh ikut
so nak kol maybank pun mereka tak layan pihak ketiga..so nak taknak kena tunggu husband lala balik dan call mybank sendiri..

Tapi kalau pikir balik..masukknya duit tue disaat saya memang memerlukan duit untuk closing kebetulan anak biz saya menghadapi masalah yang mana memerlukan saya membantunya..serious sekali kehadiran 14k dalam akaun peribadi itu adalah magis..saya berasa seolah2 Allah menjawab segala doa saya..seolah2 saya bermimpi..saya sangat bersyukur walaupun saya masih tiada jawapan pada kehadiran duit tersebut..tapi yang pastinya itu adalah duit suami saya..insyaallah..

Alhamdulilah saya Closing dengan cemerlang setelah mendapat izin dari husband saya untuk menggunakan duit tersebut..malam closing walaupun saya agak tertekan tapi sekuarangnya saya tahu saya ada duit untuk membantu anak saya untuk effective..

Akhirnya..Allah menjawab doa saya dengan caranya sendiri..cara yang saya dan semua orang tidak menduga sama sekali..disaat entry ini dilakar..saya masih tidak pasti..kenapa duit tersebut ada dalam akaun peribadi..tapi takpelah..suami saya akan deal dengan pihak bank untuk info selanjutnya

Bila saya pikirkan balikk,saya sangat yakin dengan janji Allah..andai kita menyerahkan 100% kebergantungan pada Allah..Allah akan membantu kita dari arah yang kita tak sangka pun..pertolongan datang dalam pelbagai bentuk sebenarnya..kalau kita nak pikirkan hikmahnya..

So kawan2 semua..jangan pernah berhenti untuk berdoa dan berharap hanya pada Allah
bersangka baik pada Allah..insyaallah Allah bertindak mengikut sangkaan kita..apa yang perlu kita lakukan sebagai hamba Allah adalah baik apa yang Allah suruh meninggalkan apa yang dilarang..

Semoga Allah memudahkan pejalanan kita semua menuju sana...

Ok..setakat ini sahaja lala bercoloteh..andai ada kelapangan waktu,Allah izin..lala akan come out dengan entry lain..kita kan cakap pasal produk magic plakk dari shaklee..okeh

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)