Sunday, 4 October 2015

Suami saya seorang yang rajin

Saya tak suka nak puji depan-depan dia atau post kat fb sebab saya tau dia akan tengok post saya,,even sekrang nak buat post ni saya dok bawah dia kat atas,,gigih sebab saya tak mau dia tengok post saya nie ehekksss

Actually hari ni da whole day saya ada coaching session dengan master nana,dari pukul 10 pagi lagi dah kuar rumah sampai magrib baru saya sampai rumah,,biasalah kalau dah jumpa mentor banyak yang nak saya tanya dan bincang,,tambah-tambah kita nak ilmu ambik ilmu ni kenalah sabar,,duduk sehari pun saya rasa banyak lagi yang tak tau,,rasa sangat xcukup apa yang saya nak,,insyaallah andai ada kesempatan saya nak pergi lagi menimba ilmu dengan mentor

Balik rumah husband saya ada gak tanya  kenapa lambat tapi biasalah dia dah paham sangat saya ni camana,saya bukn jenis yang suka keluar untuk perkara yang sia-sia,,

Tapi Alhamdulilah pagi tadi sebelum keluar rumah saya sempat masak untuk dia dengan portion yang mencukupi sampai malam,,even hanya ayam goreng kfc dan masak sardine berkuah,,itu sahaja tapi at least saya tau dia kenyang kat rumah kan..

Masuk je dapur,,tarrrraaaa dah kemas rak pinggan dan rak barang saya,dia dah lap dan susun elok-elokk,,senyumm sebab bila dia dok sorang dalam rumah  memacam dia buat,,saya akui dia seorang yang rajin



Dia sangat pembersih dan kemas even dia lebih kurang saya sifatnya tapi dia better than me,,Allah itu maha sempurna,Dia jodohkan kami untuk melengkapi sesama kami

Apa yang saya nak bagitau,saya bangga ada husband macam awak,saya tau awak takkan baca sini,,tapi diwaktu Allah gerakkan hati awak untuk baca blog ini saya redha,hehehehe kalau bacalah ya

Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik untuk awak dan semoga segala impian kita bersama tercapai
Insyaallah,saya sayang awak dunia akhirat semoga kita berjumpa kembali disyurga.

No comments:

Post a Comment