Sunday, 22 October 2017

TIPS PENTING KETIKA TRAVEL BAGI MUSLIMAH

[TIPS PENTING KETIKA TRAVEL BAGI MUSLIMAH]

Eyh excited betul nak travel kan?Lala share some tips untuk semua. 

1. Jangan lupa sediakan pakaian yang selesa, menutup aurat dan tak perlu iron. Iyalah masa travel mana sempat nak buat semua tu kan?kita nak cepat. Pilih baju yang ready to go. Tapi tetap nampak bergaya. 
Lala cadangkan yang material cotton ataupun moss crepe. Memang terbaik.

2. Bawa stokin dan selalu pakai stokin kemana-mana sahaja kita pergi supaya lebih senang untuk bersolat. Kalau travel tak semestinya cari masjid atau surau untuk solat. Kita boleh solat dimana-mana sahaja asalkan bersih dan kita menutup aurat.

3. Bawa mini telekung letak dalam bag siap-siap in case nak solat dan nak bertelekung labuh. Terkadang surau di luar negara sememangnya tiada sediakan telekung. Jadi penting ada mini telekung terutama untuk sister yang tidak memakai tudung cukup labuh.

4. Pakai seluar yang longgar dan tidak mengikut bentuk kaki memudahkan solat di mana-mana sahaja.Pakai mini telekung dan stokin and ready for solat.

5. Bawa barangan penjagaan diri secukupnya. Pack dalam travel kit siap-siap supaya kita tidak membawa lebihan muatan dan lagi ringan lagi senang hendak kemana-mana.

6. Jangan lupa regim penjagaan wajah dan kulit meskipun ketika travel kerana sebagai wanita kita perlu tampil kemas dan cantik selalu.

7. Bawa electronic counter tasbih untuk sentiasa berzikir meskipun ketika travel. Dalam kapal terbang misalnya boleh luangkan masa untuk berzikir.

8. Sediakan spray bottle untuk mudahkan aktiviti berwudhuk dan juga bersuci. Saya memang akan bawa botol kemana-mana sahaja jika travel di luar negara yang tidak sediakan paip di tandas.

9. Jangan lupa cas powerbank secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Saya suggest juga ada dua handphone incase ketika kecemasan telefon rosak atau hilang kita punyai telefon spare.

10. Sebaiknya juga ambil perkhidmatan sewa wifi mengikut negara yang dilawati atau beli simkad di negara tersebut untuk memudahkan lagi kita berhubung dengan kawan-kawan jika di luar negara. Terkadang akan ada satu waktu kita perlu separate dengan kawan-kawan yang lain. Dan jika ada akses internet lebih mudah berkongsi info dan pengalaman dengan orang lain. 

Pengalaman saya sekadar menggunakan wifi di hotel semasa di Itali memang sukar. Ada satu waktu saya terpisah dengan semua kawan-kawan dan saya seolah-olah lost kerana tak dapat hubungi orang lain kerana tiada internet. Simkad juga tidak ditukar kepada simkad tempatan. 

Sewaktu di USA saya berkongsi wifi dengan kawan-kawan. Tetapi jadi sukar kerana ada waktu kami perlu juga separate terutama waktu shopping kerana setiap orang ada barang tersendiri yang diminati.

Kemudian sewaktu di UK kawan saya di sana telah membantu saya membeli simkad di sana dan ditukar ke handphone saya. Memang terasa sangat mudah kerana internet sentiasa ada.

Ketika di Jepun saya sewa wifi di KLIA dengan samurai wifi dengan kos rm250 sepanjang 10 hari di sana.

11. Jangan lupa bawa supplements supaya sentiasa sihat dan cergas. Maklumlah berjalan ni banyak gunakan tenaga serta perubahan suhu dan cuaca memang boleh buat kita jatuh sakit.

Saya cadangkan nutriferon untuk elakkan demam
Serta jangkitan. Vitamin C untuk imunisasi dan jaga kecantikan kulit. Vitalea untuk tenaga. Dan omega serta ostematrix untuk perjalanan lebih lancar tanpa sakit lutut.





Selamat travel semua ❤️

Sebarang pertanyaan boleh pm lala

0183936945

No comments:

Post a Comment